
Cerita Seram
"Apabila yang mati bertemu yang hidup...."
Pelakon
Pierre Andre
Intan Ladyana
Khatijah Tan
Ruminah Sidek
Sinopsis
Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladyana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang periang dan ceria.
Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan dibawa pulang. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk pada kamera digital Rose yang mereka temui.
Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ‘sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.
Mendengar nasihat Da'im (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampong. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampong bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.
Di kampong, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belenggu yang mengganggu hidupnya setiap hari? Segalanya akan terjawab dalam file mini. Kepada anda semua, walau apa pin yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti akan berlaku!
(dipetik dari; http://movies.mwig.com/jpb_synop.php)

Release Date : April 5, 2007
Director : Ahmad Idham
Cast : Pierre Andre, Intan Ladyana, Rio Elani, Khatijah Tan, Rusminah Sidek
Studio : Metrowealth
Runtime : 1 hr 39 mins
Jangan Pandang Belakang (Don’t Look Back) is a Malaysian Horror Movie by Ahmad Idham. The film tells story about a young man named Darma (Pierre Andre) who tries to seek the truth about the death of his fiancĂ©, Rose. Together with Rose’s twin sister, Seri, Darma starts his investigation. The duo’s quest starts at Rose’s house where they discover a peculiar bottle, leading Darma and Seri to another riddle. The discovery of weird images in a digital camera left by Rose, adds to the duo’s suspicion concerning her death. But after the discovery, Darma experience strange things. Noticed that something wrong happened to Darma, his boss Da’im (Jalaluddin) gives Darma a week leave. Then Darma visit Mak Lang (Khatijah) who lives with her daughter, Lin (Rio) and her senile mother, Opah (Rusminah Sidek) to cure him and to solve the mystery of Rose’s death.

MySpace
No comments:
Post a Comment