Wednesday, April 11, 2007

Apa itu kalori?

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Kalori adalah ukuran tenaga dari kandungan protein, karbohidrat dan lemak yang terdapat dalam sesuatu makanan. Kalori sejenis makanan berbeza dengan jenis makanan lain, bersesuaian dengan kandungan zat yang terdapat pada makanan tersebut.

- 1gram Protein = 4 Kalori
- 1gram Karbohidrat = 4 Kalori
- 1gram Lemak = 9 Kalori



* Dengan ini, sekeping roti kosong yang mengandungi 15gram karbohidrat, 2gram protein dan 1gram lemak mengandungi sejumlah 77kcal tenaga.

Pengambilan jumlah kelori mengikut keperluan memberi kesan kepada kestabilan berat badan. Namun untuk menghasilkan penurunan berat badan sebanyak 1 paun dalam seminggu memerlukan anda mengurangkan pengambilan sebanyak 500kcal sehari selama 7 hari (3,500kcal) dari jumlah pengambilan kalori terkandung dalam makanan harian anda.

Mengawal apa yang anda makan (DIET ANDA) dengan mengambil makanan / hidangan dari pilihan rendah kalori (AMALAN DIET ANDA) dapat memberi kawalan pada berat badan. Andainya anda juga giat dan tekun mengusahakan senaman serta meningkatkan aktiviti fizikal harian, ini pasti dapat membakar kalori tersimpan dalam tubuh (dalam bentuk lemak) serta memberi anda kawalan berat badan yang lebih efektif.

JUMLAH KALORI MASUK = JUMLAH KALORI KELUAR
BERAT BADAN STABIL (DIET ANDA) (AKTIVITI HARIAN ANDA)

No comments: