Lebih Kreatif.
John Updike (seorang penulis) yang telah menghasilkan 51 buah buku dan pemenang anugerah Pulitzer sangat menggalakkan seseorang untuk menyendiri. Duduk dalam keadaan sunyi dan termenung mengosongkan fikiran buat seketika sangat baik dilakukan oleh setiap orang. Ketika itu banyak idea-idea baru dan inspirasi dating menerjah fikiran.
Menenangkan Fikiran.
Dunia hari ini sangat kompleks dan mencabar. Adakalanya ia membuatkan kita tidak mempunyai masa untuk melihat diri sendiri. Kita juga tidak tahu bagaimana mahu menjaga fikiran dan kerap mengabaikan waktu dan masa untuk mengisi semangat kehidupan. Pada hal caranya agak mudah deangn hanya duduk dalam bilik diam-diam, pejamkan mata dan tumpukan fikiran. Rasai kesunyian itu dengan sepenuh hati dan selepas itu pastinya anda berasa tenang.
Membuatkan Anda Lebih ‘Hidup’.
Menyendiri bukan bermakna setakat duduk menyepi. Kadang kala ia boleh dilakukan dengan melakukan aktiviti lain secara berseorangan seperti berkebun, berenang dan juga melukis. Tidak kira apa yang anda lakukan, yang penting jarakkan diri dan kurangkan hubungan dengan orang lain.
Menjadi Satu Hiburan.
Kita sering mencari waktu untuk berhibur. Banyak perkara lain yang perlu diuruskan dan menghalang anda untuk berhibur. Kita sering menganggap pergi ke disko dan kelab malam adalah cara berhibur. Namun tahukah anda cara demikian tidak begitu berkesan kerana meluangkan masa sejenak dan menyepi adalah lebih baik daripada keluar berfoya-foya.
Penawar Diri.
Kadangkala ada sesetengah orang yang kerap melenting dan marah kerana rasa tertekan. Biarpun mendapat rehat fizikal yang cukup, mereka gagal menenangkan diri. Kerap kali ia terdorong berlaku masalah perasaan seperti panas baran dan pemarah. Menyendiri adakalanya sangat baik untuk membantu menghilangkan rasa panas baran dan marah itu.
Petikan dari majalah : MIDI Baru! (mac 2007)
Thursday, April 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment